Saturday, May 8, 2010

Tautan Hati

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua sahabat yang saya kasihi semua, semua berada dalam keadaan sihat selalu. ana baru je habis 2 buah novel islamik iaitu Syabab musafir kasih n Tautan hati. memang banyak isi yang  hendak di sampaikan kepada pembaca, terlalu berat rasanya hati ini bila mengetahui diri ini semakin jauh dengan  Ilahi, tetapi itu lah medan perjuangan dakwah yang terpaksa dihadapi oleh semua orang bukan hanya kepada orang yang diberikan tanggungjawab terhadap tugas ini sahaja, tetapi ia adalah tugas bagi setiap insan yang bernama manusia.perjuangan bagi meletakkan diri untuk mencari cinta Ilahi bukan suatu perkara yang mudah kerana banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dan dilalui untuk mencari cinta Ilahi. Ana bukan lah seorang yang expert dalam berkata-kata untuk memberikan nasihat dan dakwah dalam memcari cinta Ilahi, tetapi ana try juga untuk membangkitkan semangat untuk memcari cinta tersebut bersama-sama dengan sahabat-sahabat semua. di harapkan kata-kata ana ini tidak lah menyinggung perasaan sahabat-sahabat  semua,sesungguhnya tiada yang lebih hakiki dalam mecari Ilahi n cinta kepada Rasulullah. kepada teman-teman seperjuangan semua sedar bahawa hidup ini adalah tipu daya semata-mata dan janganlah kamu tergoda dengan hiasan dunia kerana ia boleh memusnahkan kamu akhirnya.
akhir kalam ana minta maaf di atas kata-kata ana yang tidak sedap di dengari kerana peringatan kepada saudara sesama kita adalah penting untuk kita sama-sama beringat bahawa tiada yang lebih penting selain dari memcari cinta hakiki. kepada mereka yang melawat blog ana ucapkan terima kasih banyak-banyak walaupun ana ini orang baru dalam memberikan kata2 yang sebegini dalam perkara sedemikian.
Salam Ukhuwah kepada sahabat semua, semoga kita semua dilindungi dan dipayungi dengan RahmatNya.

No comments: