Monday, May 31, 2010

SELAWAT

KELEBIHAN SELAWAT


Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku"


"Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku,nescaya Allah akan berselawat padanya sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.

(Riwayat Ahmad,al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a)

"Sesiapa yang membaca selawat untukku pada hari jumaat 200 selawat,diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun"

( Riwayat al-Dailami daripada  Abu Zar r.a)

"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh pada waktu petang, maka dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"

( Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda'r.a)


"Dimana sahaja kamu berada,berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu akan sampai kepadaku."


( Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a)

No comments: