Tuesday, December 28, 2010

UMK CAMPUS BACHOK

Jalan sepanjang di dalam campus Bachok




View belakang FTKW



View hadapan FTKW


With My BFriend Mr.Jay


HarI YanG DiNantiKan

 Salam Ukhuwah kepada teman-teman semua sudah lama tidak menulis entry, terlalu sibuk dengan kerja selama cuti sebelum ini.


Tinggal 2 hari lagi kita semua akan menjengah ke tahun baru masihi,walaupun tahun hijrah telah berlalu meninggalkan kita,masih sama lagi ke azam yang ditanam pada awal tahun Hijrah dahulu dengan tahun Masihi yang akan tiba x lama lagi, tetapkan hati semua teman-temanku.sesungguhnya setiap masa itu bernilai bagi setiap diri seorang yang bernama Hamba yang sentiasa sujud taat pada perintahnya.
seperti yang telah di firmankan oleh Allah S.W.T dalam 

 Surah Al-Asr

 Ayat 1-3 Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Terlalu banyak peringatan yang telah diberikan tetapi bagaimanakah kita mengambilnya sebagai panduan kita dalam kehidupan,bagi mereka yang sentiasa lalai dan lupa mereka itu lah yang berada dalam kerugian, sedar lah wahai sehabat ana semua bangkit lah dari lena semua... jangan lah kita di buai mimpi yang telah menghanyutkan kita sampai kita tidak menyedari kehidupan kita di dunia ini.sesungguhnya orang paling bertaqwa adalah orang paling banyak mengingati  Mati. kita tidak tahu bila mati akan menjemput kita, beramalah sebelum datangnya tiba Mati.lakukan segala perintahnya Insyallah semoga amalan yang kita lakukan diterima olehNYA.






Minta maaf dengan entry yang tidak berapa okk ni, baru belajar walaupun ayatnya tidak lah puitis,terima lah ia sebagai peringatan bersama agar ia membawa kesedaran dan perubahan dalam diri kita.







Jadikanlah Amalan dalam kehidupan kita setiap hari.

Wednesday, September 29, 2010

Dia Kekasih Allah

Assalamualaikum

Salam buat sahabat semua yang dikasihi, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu,di kesempatan yang ada sedikit ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu walaupun ana ini bukan lah seorang yang pandai untuk berbicara mengenai agama, tetapi ana akan cuba untuk memberikan nasihat kepada sahabat semua yang mana untuk menasihati diri ana sendiri.

Di kesempatan yang terlalu sedikit ini., ana ingin mengajak kepada semua sahabat semua untuk mengingati kembali Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana menjadi contoh teladan manusia sepanjang zaman.

UMK CONTRUCTION

Jalan dalam kawasan pembinaaan UMK di tengahnya bulatan keliling...


kawasan Reakrasi kampus UMK yang masih belum siap lagi.....

















UMK....MENJADI REALITY

UMK  impian semua,akan menjadi reality dalam beberapa tahun lagi,walaupun kami sebagai first batch tidak dapat merasa kehidupan di kampus tapi adik2 kami adalah penyambungnya.diharapkan dengan kampus UMK yang akan siap nanti ini menjadi mercu tanda perkembagan ilmu atau gedung ilmu di bumi serambi Mekkah...InsyaAllah 























Friday, August 20, 2010

Kesilapan yang lazim dibuai CINTA



SAAT dibuai rasa cinta, segalanya terasa indah sekali sehingga terkadang dibutakan mata dan dipekakkan telinga daripada segala hal di sekeliling.

Tumpuannya hanya pada diri dan si dia yang semakin bertakhta di hati.

Adakalanya diri terlalu dibuai perasaan sehingga mengabaikan banyak perkara yang dianggap penting.

Perhatikan beberapa kesilapan yang sering kali dilakukan saat seseorang jatuh cinta:


· Menciptakan hubungan tanpa menjalin persahabatan dengannya.

Mungkin anda memang benar-benar jatuh cinta secara mendalam padanya, tetapi jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk mengetahui atau memerhatikan apa yang diingini si dia.

Luangkan waktu untuk mempelajari keperibadiannya, bukan hanya fizikal semata-mata.
· Tidak jujur kepada diri sendiri

Orang yang sedang jatuh cinta sering bertolak ansur berlebihan kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah sikap pasangan bukan gangguan besar pada diri mereka atau mereka berharap supaya masalah itu selesai seiring dengan waktu.
· Tidak 'memerhatikan' diri anda selama menjalin hubungan.

Ramai orang yang lupa 'memerhatikan' dirinya sendiri selama menjalin hubungan. Kebanyakan orang yang mabuk cinta ingin selalu berdua-duaan dengan kekasihnya.

Akibatnya, orang di sekitar mereka berasa diabaikan sehingga lambat-laun tanpa mereka sedari teman pun menjauh. Tentu ia mengakibatkan sesuatu yang kurang baik kerana jika anda sudah jemu dengan pasangan, tiada seorang pun teman yang ingin bersama anda.
· Menggantungkan kebahagiaan diri pada pasangan

Jika selama ini anda berfikir kebahagiaan anda bergantung pada pasangan, ia memang salah. Anda boleh jatuh cinta pada sesiapa saja namun tidak bererti dia mampu membuatkan anda bahagia.

Kebahagiaan anda bergantung pada diri sendiri, justeru jangan tumpukan seluruh perhatian pada seorang insan saja.
· Cinta memerlukan waktu

Cinta lazimnya perlukan waktu yang baik untuk mengenal mahupun untuk terus mekar. Memulakan suatu hubungan terlalu pantas mungkin menyebabkan hubungan berakhir dengan sesuatu yang kurang baik kerana belum mengenal perwatakan si dia dengan baik.

Begitu juga sebaliknya jika terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya kerana masalah kecil. Justeru sebaiknya, berikan waktu mencukupi bagi diri anda untuk mengenal pasangan.
· Usah serah kesucian diri kerana ia tidak menyelesaikan semua masalah.

Menyerah diri tidak menjamin pasangan akan setia atau tidak meninggalkan anda. Ubah pemikiran anda supaya tidak menyerah diri atau tubuh semata-mata membuktikan cinta padanya. Dia mungkin hanya inginkan anda untuk kepuasan dirinya semata-mata.

Jangan terbuai dengan kata-kata manis kerana sekali terjebak, bermakna anda akan kesal selamanya.

Thursday, August 19, 2010

Ilmu Asas Ketaqwaan

Assalamualaikum buat teman-teman dan shabat-sahabat sekalian.... sekadar perkongsian bersama untuk menambah ilmu walaupun hanya sekadar bacaan yang tidak begitu banyak memberikan input kepada diri,tetapi ianya penting untuk di kongsi bersama dengan teman-teman semua,diharap dengan ilmu yang sedikit ini bertambah ilmu kita semua dengan tidak hanya membaca blog ana ini sahaja. sepanjang beberapa minggu ini beberapa buah buku telah ana habiskan untuk sekadar bacaan bagi menambah ilmu, kerana sesungguhnya darjat seseorang manusia tu di pandang mulia dengan bertambah ilmu seseorang hamba tersebut. di sini ana post kan beberapa buah buku yang ana pinjam dari beberapa orang kawan dan juga buku ana sendiri juga ana sertakan  untuk perkongsian kepada antum semua.