Thursday, May 27, 2010

Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Wahai Tuhanku,ampunilah aku,kasihanilah aku,tutupilah aibku,tinggikanlah darjatku,berikanlah aku rezeki,tunjukilah aku,sejahterakanlah aku dan maafkanlah aku....

Setiap Muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaannya kepada Allah SWT perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-muqarrrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca Al-Quran,istighfar,berzikir,berselawat dan berdoa....

MEMBACA AL-QURAN


Kelebihannya:

1. Ibadah yg paling utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: menurut  Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan  Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4. Mengikut Ibn Abbas r.a,pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus. 

5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6. Pada hari kiamat,al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akaan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin,Syuhada dan Solehin.

10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan di ampun dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika di baca di dlaam rumah,akan memberikan cahaya kepada rumah itu.

13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi iman solat.

15. Seutama-utama manusia ialah mempelajari,mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dariapada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.



....INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.....







No comments: