1. Senyum itu tanda kemesraan, diberikan kepada manusia di anggap sedekah.ketawa itu lambang kelalaian.selalu dilakukan hati mati.dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikan pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,kesalilah ketelanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. kesusahan dan penderitaan itu,selalunyta membawa kekecewaan dan putus asa,kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah yakni bertegang leher,nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus) cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah).orang yang ada sifat marah tapi dapat sembunyikan kecuali di tempat-tempat yang muhasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu,merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk,khusyuk,takut,hina dan lain-lainlagi sifat kehambaan.
8.Jika kita mengingati dosa,kita tak nampak lagi kebaikkan kita apatah lagi untuk di banggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan berputus hati kita dengan ALLAH,ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikkan.
jika HATI sejernih air...jangan biar ia KERUH...jika hati seputih AWAN... jngan biar ia MENDUNG... jika hati seindah BULAN... hiasilah ia dengan IMAN..
No comments:
Post a Comment