NABI MUHAMMAD SAW
.....JEJAK JUNJUNGAN MULIA.....
Assalamualaikum kepada sahabat semua yang saya hormati dan kasihani...moga -moga hidup ini sentiasa dipayungi dengan rahmat-Nya selama-lamanya.
Hanya sekadar perkongsian buat teman-teman semua,ana skrg sedang menghabiskan sebuah ilmu yang bertajuk Nabi Muhammad jejak junjungan mulia.... yang mana ia banyak mengisahkan mengenai peribadi rasulullah dalam segenap lapisan, di mana dalam semua skop kita dapat melihat akhlak rasulullah adalah al-quran, sungguh indahnya hidup ini jika kita semua sedar sekiranya hidup ini dipandu dengan al-quran yang menjadi panduan hidup kita,dalam buku ini banyak menceritakan semasa peperangan zaman rasulullah yang mana akhlak rasulullah terserlah melalui keperibadian yang ditunjukkkan kepada sahabat serta kaumnya.selain itu dalam buku ini juga banyak menceritakan mengenai tentangan dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah dalam menyebarkan dakwah bagi menyebarkan syiar islam. tentangan kaum munafik juga tidak kurang hebat telah memberikan tentangan yang hebat kepada Nabi ibarat musuh dalam selimut... yang mana akhirnya boleh memecah-belahkan umat islam tetapi semua dapat di hadapi dengan tenang dan sabar, dengan pertolongan Allah sehingga Islam dapat dikecepi sampai sekarang,peganglah iman itu seerat-eratnya hayatilah ia dengan hati suci bersih murni, sucilah hati ini dengan zikrullah. tidak semua orang beruntung mendapat HIDAYAH DAN TAUFIK ALLAH, sungguh berharga bagi orang yang benar-benar menghargai pemberian Allah yang tidak ternilai harganya...
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAHKU NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA...
Hadis dari:Rasulullah
No comments:
Post a Comment