Tuesday, March 30, 2010

CINTA ALLAH

Assalamualaikum, 
buat sahabat teman seperjuangan semua...

Segala puji bagi allah S.W.T selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta sekalian muslimin dan muslimat. Amma ba'du....

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda:
Ada tiga hal yang barangsiapa memiliki maka dia akan merasakan manisnya Iman, iaitu allah dan Rasulnya lebih mencintai daripada yang lainnya, memcintai seseorang yang ia tidak mencintainya hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali ke dalam kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran tersebut,sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka"(Mutaffaq'alaih) Hadis in diriwayatkan oleh bukhari (1/60-Fat-h), dan muslim (43).

Cinta merupakan tumpahan perasaan dan emosi seseorang kepada yang dicintai.Cinta adalah sumber tenaga dan kekuatan, sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan cinta. Maka tidak hairan lah, orang yang bercinta boleh lupa akan segala-galanya melainkan yang dicintainya sahaja. Itulah antara fitrah manusia yang menjadi anugerah Allah yang tiada ternialai harganaya. Ruang lingkup cinta terlampau luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya kerana kita sering terlupa bahawasanya cinta makhluk kepada yanh Esa itu adalah cinta yang paling Agung di antara segala cinta. Sepertimana maksud hadis di atas. kerana itulah para syuhada menentang musuh dengan penuh keberanian tampa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cintanya mereka kepada Allah.
Contoh terdekat kita adalah para pejuang Islam di bumi palestin di sana, semoga Allah merahmati mereka semua.
Ketidaktahuan hakikat cinta sebenarnya kepada Allah dan mencintai makhluk kerana Allah menjadi alasan yang sangat kuat yang mendorong ke arah manifestasi cinta yang salah, sebagai contoh, hayatilah pantun melayu lama yang diwarisi zaman-berzaman ini.

Nasi lemak   buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang mak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Maka, yang sering terjadi dewasa ini adalah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan, justeru itu,apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan , kes buang anak, ditangkap khalwat  kerana berzina dan pergaulan bebas berluluasa umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan, sememangnya, seiring menuju kedewasaan, mnat- meminati dan rasa ingin cinta mencintai dalam kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang di lumrah fitrah manusia sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah.Semoga sedikit  coretan ini menjadi satu keinsafan kepada diri kita untuk mencari Cinta yang hakiki, kerana Cinta kepada Allah dan Rasulullah sahajalah yang terbaik.... bersama kita fikirkan dan renungkan di manakan kita sekarang adakah kita semakin dekatNya ataupun kita semua semakin jauh, untuk diri ana juga semoga keinsafan yang lahir dari hati suci bersih membenih seribu keinsafan dalam diri kita semua, kerana Islam sekarang telah lemah bukan keran Islam itu sendiri tidak universal tapi kerana penganutnya yang tidak memahami tuntutan Islam yang sebenarnya terhadap penganutnya

BERSAMALAH KITA TEGAKKAN KEMBALI PERJUANGAN RASULULLAH, DAN MEMBINA GENERASI AL-QURAN 

 Bersambung.......

No comments: