Wednesday, March 31, 2010

Insan

Cinta adalah satu ungkapan yang kerap didengari dalam kalangan anak-anak muda masa kini meskipun baru menjejak ke usia awal remaja. Apakan cinta yang dibual bicarakan mereka menjurus kepada cinta hakiki kepada Allah atau pun kepada sesama makhluk? Apakan cinta yang dikatakan berkuasa itu dapat menyelamatkan mereka kelak?

Firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah: Siapakan yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari selain (Allah) Yang Maha Pemurah?"
Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang berpaling dari mengingati Tuhan mereka" (Surah Al-Anbiyaa'21:42)

Hendonisme yang berleluasa telah mencetuskan minda anak-anak remaja dengan hidangan-hidangan yang tidak sepatutnya. Majalah-majalah hiburan dan restoran-restoran eksklusif mula mempromosikan barangan-barangan mereka seiring dengan tanggalnya14 Febuari yang kerap digembar-gemburkan sebagai "Hari Kekasih". Hakikatnya, Siapakah Kekasih yang sepatutnya diagungkan-agungkan ? Tahukan mereka "Hari Kekasih" yang dicanang-canang itu merupakan hari memperingati seorang paderi ? Apakah dengan merayakan "Hari Kekasih" bersama-sama orang yang tersayang dapat mengubati hati dan jiwa yang sebenarnya sunyi sepi dengan santapan rohani, hatinya kering kontang. dan ubatnya hanyalah dengan mengingati Allah sebagai Tuhan sebagai Tuhan Pencipta Alam  Semesta, Tuhan yang Maha Menguasai segala sesuatu yang ada di muka bumi ini. Ingatlah temanku sekalian, hati dan perasan ini juga sebenarnya milik Allah. kita hanya meminjam daripada-Nya. Tiada yang kekal pada kita sebagai hambanya.

Firman Allah yang bermaksud:

"apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan"
(Surah An-Nahl 16:96)

Cinta adalah sesuatu yang subjektif, dan mungkin juga abstrak bagi sesetengah orang. Mengapa tidak kita sandarkan cinta kita pada Maha Pemilik cinta dengan menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi sebagai pegangan hidup kita?

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya : Menjadi petunjuk kepada mereka yang bertaqwa"
(Surah Al-Baqarah 2:2)

Justeru cinta sesama makhluk akan dijanakan yang seterusnya cintanya kepada Allah menjadi tulang belakang sesebuah cinta itu,cinta itu buta jika kita tidak mencintai cahaya kebenaran terlebih dahulu......

Hadis:
"dan darinya (Abu Hurairah  r.a), ia berkata "Rasulullah s.a.w bersabda: Pada hari kiamat kelak, Allah akan berfirman : Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan Ku di mana tidak ada naungan kecuali naunga-Ku" ( H.R Muslim)


Membina Generasi Al-Quran

Continue......



 

Tuesday, March 30, 2010

Seminar Pendakwah Muda


Memories in UTM



I'm proud to be there during  'Seminar Pendakwah Muda'  as I gained many new knowledge that benefits me and everyone who joined the program 




 

Coretan Minda

 Assalamualaikum buat teman semua...

Emm entahlah tiba-tiba hati tidak terkata untuk mengukir sesuatu bila melihatnya sesuatu yang tidak manis untuk dipandang, selemah-lemahnya iman hamba mu ini ya Allah. kenapalah mereka semakin telah lalai dengan dengan perintah mu ya Allah adakan mereka tidak tahu bahawasanya azab Mu amatlah pedih bagi hamba-hambanya  yang melanggar perintah mu. Bahkan mereka lebih teruk lagi perangai daripada makhluk yang diciptakan oleh Mu tetapi mereka berakal.

Adakah mereka tidak tahu menggunakan akal mereka? persoalan ini tidak dapat di jawab oleh ana sendiri kearah mana sebenarnya mereka memikirkanya,

Betul lah  umat akhir zaman ini mereka semakin lama semakin jauh dari ajaran islam yang sebenarnya, sebenarnya banyak yang ana nak kongsi kepada sahabat-sahabat semua tapi untuk kali ini cukuplah di sini sahaja dulu buat sahabat-sahabat semua renung lah sedalamnya siapakan kita di ciptakan ke dunia ini apakan tujuan kita sebenarnya dilahirkan kerana kita telah pertama kali berjanji pada Allah masa alam Roh lagi semoga kita semua mengambil ikhtibar dan pedoman dalam melayari hidup kita sebagai seorang Muslim yang mukmin Insyallah.... 

 Bersambung........
 

CINTA ALLAH

Assalamualaikum, 
buat sahabat teman seperjuangan semua...

Segala puji bagi allah S.W.T selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta sekalian muslimin dan muslimat. Amma ba'du....

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda:
Ada tiga hal yang barangsiapa memiliki maka dia akan merasakan manisnya Iman, iaitu allah dan Rasulnya lebih mencintai daripada yang lainnya, memcintai seseorang yang ia tidak mencintainya hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali ke dalam kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran tersebut,sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka"(Mutaffaq'alaih) Hadis in diriwayatkan oleh bukhari (1/60-Fat-h), dan muslim (43).

Cinta merupakan tumpahan perasaan dan emosi seseorang kepada yang dicintai.Cinta adalah sumber tenaga dan kekuatan, sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan cinta. Maka tidak hairan lah, orang yang bercinta boleh lupa akan segala-galanya melainkan yang dicintainya sahaja. Itulah antara fitrah manusia yang menjadi anugerah Allah yang tiada ternialai harganaya. Ruang lingkup cinta terlampau luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya kerana kita sering terlupa bahawasanya cinta makhluk kepada yanh Esa itu adalah cinta yang paling Agung di antara segala cinta. Sepertimana maksud hadis di atas. kerana itulah para syuhada menentang musuh dengan penuh keberanian tampa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cintanya mereka kepada Allah.
Contoh terdekat kita adalah para pejuang Islam di bumi palestin di sana, semoga Allah merahmati mereka semua.
Ketidaktahuan hakikat cinta sebenarnya kepada Allah dan mencintai makhluk kerana Allah menjadi alasan yang sangat kuat yang mendorong ke arah manifestasi cinta yang salah, sebagai contoh, hayatilah pantun melayu lama yang diwarisi zaman-berzaman ini.

Nasi lemak   buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang mak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Maka, yang sering terjadi dewasa ini adalah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan, justeru itu,apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan , kes buang anak, ditangkap khalwat  kerana berzina dan pergaulan bebas berluluasa umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan, sememangnya, seiring menuju kedewasaan, mnat- meminati dan rasa ingin cinta mencintai dalam kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang di lumrah fitrah manusia sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah.Semoga sedikit  coretan ini menjadi satu keinsafan kepada diri kita untuk mencari Cinta yang hakiki, kerana Cinta kepada Allah dan Rasulullah sahajalah yang terbaik.... bersama kita fikirkan dan renungkan di manakan kita sekarang adakah kita semakin dekatNya ataupun kita semua semakin jauh, untuk diri ana juga semoga keinsafan yang lahir dari hati suci bersih membenih seribu keinsafan dalam diri kita semua, kerana Islam sekarang telah lemah bukan keran Islam itu sendiri tidak universal tapi kerana penganutnya yang tidak memahami tuntutan Islam yang sebenarnya terhadap penganutnya

BERSAMALAH KITA TEGAKKAN KEMBALI PERJUANGAN RASULULLAH, DAN MEMBINA GENERASI AL-QURAN 

 Bersambung.......