Assalamualaikum...
Lama tidak berbicara, sekadar membiarkan hati berkata-kata bukan lah untuk menyampaikan kuliyyah tetapi peringatan kepada saudara/saudara seislam ku semua...
Sedar tak sedar sekarang kita sebagai umat islam telah pun berada di bulan rejab yang mana bulan rejab juga dikenali sebagai bulan Allah... mungkin ramai yang tidak tahu langsung atau tidak pernah menyedari pun bahawa kita semua sekarang berada di bulan yang begitu mulia ini selain daripada bulan ramadhan, beruntunglah bagi mereka yang betul-betul mengetahui dan mengambil manafaat di atas segala kelebihan yang ada pada bulan ini, walaubagaimanapun kelebihan itu akan pergi sekiranya kita sebagai umat islam yang begitu istemewa ini sekiranya kita mengetahui kelebihan yang ada pada bulan rejab ini tidak di ambil kelebihan yang ada sebanyak yang mungkin, jadilah kita sebagai orang yang sentiasa berada dalam kerugian sebagai mana dalam firman Allah dalam Surah Al-asr ayat 1-3 yang menyatakan "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
Diantara kelebihan pada bulan Rejab ialah:
1. Puasa 1 hari -mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
2. Puasa 2 hari -mendapat kemulian daripada Allah.
3. Puasa 3 hari -diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia,seksa akhirat,penyakit gila,dan fitnah syaitan dan dajal.
4. Puasa 7 hari -ditutup 7 pintu neraka.
5. Puasa 8 hari-dibuka 8 pintu syurga.
6. Puasa 10 hari -Allah akan memakbulkan permintaanya.
7. Puasa 15 hari -Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikkan.
8. Tambahan puasa-menambahkan pahala.
9. Membaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10. membanyakkan doa,istighfar dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment