Wednesday, June 16, 2010

Amalan Mengikut Bulan Hijrah

 Assalamualaikum...
Lama tidak berbicara, sekadar membiarkan hati berkata-kata bukan lah  untuk menyampaikan kuliyyah tetapi peringatan kepada saudara/saudara seislam ku semua... 
Sedar tak sedar sekarang kita sebagai umat islam telah pun berada di bulan rejab yang mana bulan rejab juga dikenali sebagai bulan Allah... mungkin ramai yang tidak tahu langsung atau tidak pernah menyedari pun bahawa kita semua sekarang berada di bulan yang begitu mulia ini selain daripada bulan ramadhan, beruntunglah bagi mereka yang betul-betul mengetahui dan mengambil manafaat di atas segala kelebihan yang ada pada bulan ini, walaubagaimanapun kelebihan itu akan pergi sekiranya kita sebagai umat islam yang begitu istemewa ini sekiranya kita mengetahui kelebihan yang ada pada bulan rejab ini tidak di ambil kelebihan yang ada sebanyak yang mungkin, jadilah kita sebagai orang yang sentiasa berada dalam kerugian sebagai mana dalam firman Allah dalam Surah Al-asr ayat 1-3 yang menyatakan "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"


Diantara kelebihan pada bulan Rejab ialah:


1. Puasa 1 hari -mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
2. Puasa 2 hari -mendapat kemulian daripada Allah.
3. Puasa 3 hari -diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia,seksa akhirat,penyakit gila,dan fitnah syaitan dan dajal.
4. Puasa 7 hari -ditutup 7 pintu neraka.
5. Puasa 8 hari-dibuka 8 pintu syurga.
6. Puasa 10 hari -Allah akan memakbulkan permintaanya.
7. Puasa 15 hari -Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikkan.
8. Tambahan puasa-menambahkan pahala.
9. Membaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10. membanyakkan doa,istighfar dan lain-lain. 

Thursday, June 10, 2010

Alam Abadi

Assalamualaikum...

Bismillahhirahmannirahim...

Mati itu pasti, bagi kita sebagai manusia apatah lagi manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT... Nabi Muhammad SAW. telah pun menemuai Allah,dan kita pun pasti akan menemuai pencipta kita tapi bila?
 semua itu menjadi rahsia bagi kita yang telah tercatat di Luh Mahfuz Allah SWT, bersediakan kita dalam menghadapi jalan-jalan yang bakal kita hadapi? bukan hanya untuk pembaca yang melawati blog saya ini sahaja saya tujukan tetapi kepada diri saya sendiri juga sebagai hambanya yang tidak pernah lari dari merintih memohon keampunan terhadap segala dosa yang dilakukan selama hidup di dunia yang dikurniakan dengan pelbagai, tetapi kita lalai dalam bersyukur terhadap nikmatnya. begitulah yang terjadi manusia akhir zaman yang semakin lama telah lalai dalam mainan dunia ini, dunia ini adalah perhiasan semata-mata jadi gunakan lah dunia untuk kamu mengumpulkan harta sebanyak yang mungkin ke akhirat nanti dan mereka itulah orang yang bijak dalam hidupnya..

Seperti kita hamba  Allah yang tidak pernah hidup sezaman dengan Nabi, sejauh manakan cintanya kita pada Rasulullah walaupun kewafatan Rasulullah bagaikan tidak percaya tapi itu lah hakikat yang terpaksa setiap manusia yang bernama hamba ini yang sentiasa berharap kepadanya perlu bersedia dalam menghadapi hari-hari yang di nantikan bagi mereka yang merindui hari-hari tersebut, diceritakan semasa kewafatan Rasulullah Saidina  Umar al-Khattab bagaikan tidak dapat percaya bahawa kewafatan Rasulullah adalah benar sehinggakan Saidina Umar  ditegur oleh   Saidina  Abu Bakar As Siddiq...bagi menjelaskan keadaan yang sebenar..kerana Rasulullah sendiri adalah manusia biasa yang di angkat darjatnya, seperti rasul lain yang telah wafat. yang di jelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud...

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa Rasul.Apakan jika wafat atau di bunuh kamu berbalik ke  (belakaang) murtad?Barangsiapa yang berbalik ke belakang,maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun : dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur... 


Sehinggakan di situ cintanya para sahabat kepada Rasulullah tetapi apakah daya, itu lah yang telah difirmankan oleh Allah SWT kepada umat manusia walaupun sejauh mana pun cintanya kita pada Rasulullah... yang sememangnya perlu menjadi idola kepada anak-anak remaja masa kini mencontohi akhlak peribadi Rasulullah penutup segala Nabi...