Friday, August 20, 2010

Kesilapan yang lazim dibuai CINTA



SAAT dibuai rasa cinta, segalanya terasa indah sekali sehingga terkadang dibutakan mata dan dipekakkan telinga daripada segala hal di sekeliling.

Tumpuannya hanya pada diri dan si dia yang semakin bertakhta di hati.

Adakalanya diri terlalu dibuai perasaan sehingga mengabaikan banyak perkara yang dianggap penting.

Perhatikan beberapa kesilapan yang sering kali dilakukan saat seseorang jatuh cinta:


· Menciptakan hubungan tanpa menjalin persahabatan dengannya.

Mungkin anda memang benar-benar jatuh cinta secara mendalam padanya, tetapi jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk mengetahui atau memerhatikan apa yang diingini si dia.

Luangkan waktu untuk mempelajari keperibadiannya, bukan hanya fizikal semata-mata.
· Tidak jujur kepada diri sendiri

Orang yang sedang jatuh cinta sering bertolak ansur berlebihan kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah sikap pasangan bukan gangguan besar pada diri mereka atau mereka berharap supaya masalah itu selesai seiring dengan waktu.
· Tidak 'memerhatikan' diri anda selama menjalin hubungan.

Ramai orang yang lupa 'memerhatikan' dirinya sendiri selama menjalin hubungan. Kebanyakan orang yang mabuk cinta ingin selalu berdua-duaan dengan kekasihnya.

Akibatnya, orang di sekitar mereka berasa diabaikan sehingga lambat-laun tanpa mereka sedari teman pun menjauh. Tentu ia mengakibatkan sesuatu yang kurang baik kerana jika anda sudah jemu dengan pasangan, tiada seorang pun teman yang ingin bersama anda.
· Menggantungkan kebahagiaan diri pada pasangan

Jika selama ini anda berfikir kebahagiaan anda bergantung pada pasangan, ia memang salah. Anda boleh jatuh cinta pada sesiapa saja namun tidak bererti dia mampu membuatkan anda bahagia.

Kebahagiaan anda bergantung pada diri sendiri, justeru jangan tumpukan seluruh perhatian pada seorang insan saja.
· Cinta memerlukan waktu

Cinta lazimnya perlukan waktu yang baik untuk mengenal mahupun untuk terus mekar. Memulakan suatu hubungan terlalu pantas mungkin menyebabkan hubungan berakhir dengan sesuatu yang kurang baik kerana belum mengenal perwatakan si dia dengan baik.

Begitu juga sebaliknya jika terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya kerana masalah kecil. Justeru sebaiknya, berikan waktu mencukupi bagi diri anda untuk mengenal pasangan.
· Usah serah kesucian diri kerana ia tidak menyelesaikan semua masalah.

Menyerah diri tidak menjamin pasangan akan setia atau tidak meninggalkan anda. Ubah pemikiran anda supaya tidak menyerah diri atau tubuh semata-mata membuktikan cinta padanya. Dia mungkin hanya inginkan anda untuk kepuasan dirinya semata-mata.

Jangan terbuai dengan kata-kata manis kerana sekali terjebak, bermakna anda akan kesal selamanya.

Thursday, August 19, 2010

Ilmu Asas Ketaqwaan

Assalamualaikum buat teman-teman dan shabat-sahabat sekalian.... sekadar perkongsian bersama untuk menambah ilmu walaupun hanya sekadar bacaan yang tidak begitu banyak memberikan input kepada diri,tetapi ianya penting untuk di kongsi bersama dengan teman-teman semua,diharap dengan ilmu yang sedikit ini bertambah ilmu kita semua dengan tidak hanya membaca blog ana ini sahaja. sepanjang beberapa minggu ini beberapa buah buku telah ana habiskan untuk sekadar bacaan bagi menambah ilmu, kerana sesungguhnya darjat seseorang manusia tu di pandang mulia dengan bertambah ilmu seseorang hamba tersebut. di sini ana post kan beberapa buah buku yang ana pinjam dari beberapa orang kawan dan juga buku ana sendiri juga ana sertakan  untuk perkongsian kepada antum semua.

Thursday, August 12, 2010

RAMADAHAN KAREEM


Assalamualaikum warahmatullahh...

Terlebih dahulu SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...


walaupun telah lewat untuk diucapakan kepada semua yang mengenali ana,asif ana pohon maybe kerana terlalu sibuk dengan latihan industri yang ana jalani sekarang sehingga tidak ada masa untuk update blog yang telah lama terbengkalai ini, mata pena pun sudah menjadi tumpul sebab dah lama tidak menggunakannya.tidak banyak untuk ana memperkatakan sekadar untuk peringatan bersama-sama antum semua perjuangan dalam bulan ramadhan ini, bulan yang penuh dengan keberkatan melebihi seribu bulan di dalam. beruntung lah sesiapa yang memperolehinya. mari lah kita sambut Ramadhan kali ini dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT dengan mengharapkan keampunan daripadanya serta menjadi hamba-hambanya yang bertaqwa, kerana kita semua termasuk diri ana juga mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita semua, pergi kita tidak di ketahui bila datangnya, persedian menghadapinya penuh dengan teka-teki yang pastinya persedian perlu di buat dari sekarang ...akhir kalam hayati lah ramdahan kali ini dengan penuh ketaqwaan kepada Allah dengan sebenar-benarnya tidak ada yang lain melain kan Nya..