Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu bapa
Tidak membantah
Malah mentaatinya.
Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa.
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu dan ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan
Penuh pancaroba.
Tiada cintanya dihatinya hanyalah cinta Allah
Tiada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah
Kasih sayang hanyalah pada ibu dan ayah
Hormat-menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh.