Monday, April 19, 2010

Imtihan

Assalamuallaikum

Imtihan itu lah perkara yang di nantikan oleh kami semua untuk semester ini, biar pun penat susah telah di lalui dalam sem ini akhirnya kami hampir sampai ke penghujungnya, diharapakan perjuangan ini tidak hanya akan berhenti di sini sahaja bagi kami semua, perjuangan untuk menuntut ilmu Allah masih lagi jauh dan banyak lagi  yang kami masih kurang.
walaupunbagaimana pun hati ini terasa begitu berat sekali untuk memulakannya tetapi langkah-langkah ke arah itu sedang kami semua hadapi.
Buat sahabat sahabat semua semoga perjuangan kita semua bukan hanya untuk mencari ilmu bahkan untuk mendapatkan keradhaan Allah di bumi ini
di sini saya tinggalkan kata-kata yang begitu bermakna sekali untuk kita hayati setiap bait-bait baris kata-katanya yang mana membawa makna yang begitu menyentuh hati sanubari ana sendiri bila kawan ana meberikan kata-kata ini.... 

'Ya Allah permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, Jadikanlah debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu, Dengarilah rintihanyayang sanggup bersusah payah demi ilmuMu,Terimalah airmatanya sebagai penyejuk kemurkaan, Belaian jiwanya di saat dia terkulai lemah,tetapkan imannya agar tidak mudah berputus asa pada jalanMu.Amiim... Salam Imtihan MA'A TAUFIQ WANNAJAH...


semoga kata-kata ini memberikan semangat kepada kita semua untuk lebih berusaha di masa akan datang lagi akhir sekali ana mengucapkan selamat Imtihan kepada sahabat semua yer...

Friday, April 2, 2010

Coretan Minda

Assalamualaikum...
Buat sahabat yang di hormati sekalian...
asif kerana ana tidak pandai nak tullis apa, sekadar membiarkan hati berbicara. emmm rasanya dah lama x post artikel ni. maklum lah dah lama ada blog baru je pandai post artikel je ni. kebelakangan hari ni banyak sungguh benda yang bermain di fikiran x tau lah mcm mana nak kata, tapi rasanya nak luahkan juga sikit walaupun berat rasanya hati ini hendak mengeluarkannya. emmm entahlah melihat kepada pelbagai ragam orang ini mengingatkan ana sendiri bertapa pelik nya manusia ini, kerana sesungguhnya ada mereka yang telah lalai daripada mengingati-Mu ya ALLAH. dan ada pula mereka yang mengingati-Mu. tapi kebanyakkan mereka macam mana sekarang dengan dunia akhir zaman ini.  rasa telah banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita tampa kita mengambil kisah pun dengan perkara-perkara yang berlaku sedemikian. macam2 berlaku sekarang wahai sahabat ku,tapi itu lah hakikat yang berlaku sebenarnya dalam dunia sekarang. kenalah teguhkan diri bagi menghadapi segala ujian yang terdapat dalam dunia ini sama ada ia bersifat positf atau negatif, emmm rasanya itu lah setakat ini ana dapat katakan  terputus idea rasanya... insyAllah bila di izinkan lagi ana akan try untuk membawa kepada diri masing melihat diri di tahap mana kita sekarang, adakan kita telah betul menjadi seorang muslim yang betul2 mukmin sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak, sebagai kunci untuk ana sendiri juga.bila bercakap mcm ini membuatkan diri ana sendiri turut sekali insaf bertapa besarnya nikmat yang telah diberikan oleh Allah supaya sedar dari lena selama ini.