Wednesday, July 14, 2010

Anak Soleh

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu bapa
Tidak membantah
Malah mentaatinya.

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa.

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu dan ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan
Penuh pancaroba.

Tiada cintanya dihatinya hanyalah cinta Allah
Tiada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah
Kasih sayang hanyalah pada ibu dan ayah
Hormat-menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh.

Wednesday, June 16, 2010

Amalan Mengikut Bulan Hijrah

 Assalamualaikum...
Lama tidak berbicara, sekadar membiarkan hati berkata-kata bukan lah  untuk menyampaikan kuliyyah tetapi peringatan kepada saudara/saudara seislam ku semua... 
Sedar tak sedar sekarang kita sebagai umat islam telah pun berada di bulan rejab yang mana bulan rejab juga dikenali sebagai bulan Allah... mungkin ramai yang tidak tahu langsung atau tidak pernah menyedari pun bahawa kita semua sekarang berada di bulan yang begitu mulia ini selain daripada bulan ramadhan, beruntunglah bagi mereka yang betul-betul mengetahui dan mengambil manafaat di atas segala kelebihan yang ada pada bulan ini, walaubagaimanapun kelebihan itu akan pergi sekiranya kita sebagai umat islam yang begitu istemewa ini sekiranya kita mengetahui kelebihan yang ada pada bulan rejab ini tidak di ambil kelebihan yang ada sebanyak yang mungkin, jadilah kita sebagai orang yang sentiasa berada dalam kerugian sebagai mana dalam firman Allah dalam Surah Al-asr ayat 1-3 yang menyatakan "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"


Diantara kelebihan pada bulan Rejab ialah:


1. Puasa 1 hari -mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
2. Puasa 2 hari -mendapat kemulian daripada Allah.
3. Puasa 3 hari -diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia,seksa akhirat,penyakit gila,dan fitnah syaitan dan dajal.
4. Puasa 7 hari -ditutup 7 pintu neraka.
5. Puasa 8 hari-dibuka 8 pintu syurga.
6. Puasa 10 hari -Allah akan memakbulkan permintaanya.
7. Puasa 15 hari -Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikkan.
8. Tambahan puasa-menambahkan pahala.
9. Membaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10. membanyakkan doa,istighfar dan lain-lain. 

Thursday, June 10, 2010

Alam Abadi

Assalamualaikum...

Bismillahhirahmannirahim...

Mati itu pasti, bagi kita sebagai manusia apatah lagi manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT... Nabi Muhammad SAW. telah pun menemuai Allah,dan kita pun pasti akan menemuai pencipta kita tapi bila?
 semua itu menjadi rahsia bagi kita yang telah tercatat di Luh Mahfuz Allah SWT, bersediakan kita dalam menghadapi jalan-jalan yang bakal kita hadapi? bukan hanya untuk pembaca yang melawati blog saya ini sahaja saya tujukan tetapi kepada diri saya sendiri juga sebagai hambanya yang tidak pernah lari dari merintih memohon keampunan terhadap segala dosa yang dilakukan selama hidup di dunia yang dikurniakan dengan pelbagai, tetapi kita lalai dalam bersyukur terhadap nikmatnya. begitulah yang terjadi manusia akhir zaman yang semakin lama telah lalai dalam mainan dunia ini, dunia ini adalah perhiasan semata-mata jadi gunakan lah dunia untuk kamu mengumpulkan harta sebanyak yang mungkin ke akhirat nanti dan mereka itulah orang yang bijak dalam hidupnya..

Seperti kita hamba  Allah yang tidak pernah hidup sezaman dengan Nabi, sejauh manakan cintanya kita pada Rasulullah walaupun kewafatan Rasulullah bagaikan tidak percaya tapi itu lah hakikat yang terpaksa setiap manusia yang bernama hamba ini yang sentiasa berharap kepadanya perlu bersedia dalam menghadapi hari-hari yang di nantikan bagi mereka yang merindui hari-hari tersebut, diceritakan semasa kewafatan Rasulullah Saidina  Umar al-Khattab bagaikan tidak dapat percaya bahawa kewafatan Rasulullah adalah benar sehinggakan Saidina Umar  ditegur oleh   Saidina  Abu Bakar As Siddiq...bagi menjelaskan keadaan yang sebenar..kerana Rasulullah sendiri adalah manusia biasa yang di angkat darjatnya, seperti rasul lain yang telah wafat. yang di jelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud...

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa Rasul.Apakan jika wafat atau di bunuh kamu berbalik ke  (belakaang) murtad?Barangsiapa yang berbalik ke belakang,maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun : dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur... 


Sehinggakan di situ cintanya para sahabat kepada Rasulullah tetapi apakah daya, itu lah yang telah difirmankan oleh Allah SWT kepada umat manusia walaupun sejauh mana pun cintanya kita pada Rasulullah... yang sememangnya perlu menjadi idola kepada anak-anak remaja masa kini mencontohi akhlak peribadi Rasulullah penutup segala Nabi...

Monday, May 31, 2010

SELAWAT

KELEBIHAN SELAWAT


Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku"


"Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku,nescaya Allah akan berselawat padanya sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.

(Riwayat Ahmad,al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a)

"Sesiapa yang membaca selawat untukku pada hari jumaat 200 selawat,diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun"

( Riwayat al-Dailami daripada  Abu Zar r.a)

"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh pada waktu petang, maka dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"

( Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda'r.a)


"Dimana sahaja kamu berada,berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu akan sampai kepadaku."


( Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a)

ADAB BERSAHABAT

Perjalanan dalam memilih sahabat adalah penting dan dalam ini Islam telah menggariskan beberapa garis panduan dalam memilih sahabat bagi hambanya di antaranya telah dijelaskan dalam Firmannya dalam surah al-Khafi dan juga Surah al-Luqman.
Maksudnya: Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kamu lalaikan hatinya daripada mengingati kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.
( Surah al-Khafi:28)


Maksudnya: Dan ikutilah jalan  orang yang suka kembali (bertaubat) kepada-Ku.
(Surah al-Luqman:15)

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Seseorang itu atas agama (perjalanan ) rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"

Di dalam ayat ini juga menegah kita daripada bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.



Al-Qamah,seorang ulama mashyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, diantarnya:

 1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya.
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.


Thursday, May 27, 2010

INSAN

NABI MUHAMMAD SAW
.....JEJAK JUNJUNGAN MULIA.....


Assalamualaikum kepada sahabat semua yang saya hormati dan kasihani...moga -moga hidup ini sentiasa dipayungi dengan rahmat-Nya selama-lamanya.

Hanya sekadar perkongsian buat teman-teman semua,ana skrg sedang menghabiskan sebuah ilmu yang bertajuk Nabi Muhammad jejak junjungan mulia.... yang mana ia banyak mengisahkan mengenai peribadi rasulullah dalam segenap lapisan, di mana dalam semua skop kita dapat melihat akhlak rasulullah adalah al-quran, sungguh indahnya hidup ini jika kita semua sedar sekiranya hidup ini dipandu dengan al-quran yang menjadi panduan hidup kita,dalam buku ini banyak menceritakan semasa peperangan zaman rasulullah yang mana akhlak rasulullah terserlah melalui keperibadian yang ditunjukkkan kepada sahabat serta kaumnya.selain itu dalam buku ini juga banyak menceritakan mengenai tentangan dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah dalam menyebarkan dakwah bagi menyebarkan syiar islam. tentangan kaum munafik juga tidak kurang hebat telah memberikan tentangan yang hebat kepada Nabi ibarat musuh dalam selimut... yang mana akhirnya  boleh memecah-belahkan umat islam tetapi semua dapat di hadapi dengan tenang dan sabar, dengan pertolongan Allah sehingga Islam dapat dikecepi sampai sekarang,peganglah iman itu seerat-eratnya hayatilah ia dengan hati suci bersih murni, sucilah hati ini dengan zikrullah. tidak semua orang beruntung mendapat HIDAYAH DAN TAUFIK ALLAH, sungguh berharga bagi orang yang benar-benar menghargai pemberian Allah yang tidak ternilai harganya...
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAHKU NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA...
Hadis dari:Rasulullah

Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Wahai Tuhanku,ampunilah aku,kasihanilah aku,tutupilah aibku,tinggikanlah darjatku,berikanlah aku rezeki,tunjukilah aku,sejahterakanlah aku dan maafkanlah aku....

Setiap Muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaannya kepada Allah SWT perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-muqarrrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca Al-Quran,istighfar,berzikir,berselawat dan berdoa....

MEMBACA AL-QURAN


Kelebihannya:

1. Ibadah yg paling utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: menurut  Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan  Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4. Mengikut Ibn Abbas r.a,pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus. 

5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6. Pada hari kiamat,al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akaan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin,Syuhada dan Solehin.

10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan di ampun dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika di baca di dlaam rumah,akan memberikan cahaya kepada rumah itu.

13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi iman solat.

15. Seutama-utama manusia ialah mempelajari,mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dariapada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.



....INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.....