Tuesday, May 25, 2010

Taubat


5 TANDA ORANG YANG BERTAUBAT

1. Menangis mengingati setiap setiap dosa yang dilakukan.

2. Merasa jijik dengan dosa yang dilakukan dan merasa malu hendak berjumpa dengan kawan-kawannya.

3. Berhenti berkawan dengan kawan-kawan yang seangkatannya.
4. Merasa seronok dengan kebaikkan yang dilakukan sekarang.
5. Menghukum diri bila melakukan sesuatu dosa contohnya mengumpat. menghukum diri dengan berpuasa.




ISLAM IS HERE


ISLAM IS HERE

Islam is peace,Islam is ease,
Islam's not danger or disease.
Islam is love and prosperity,
Islam's not hatred or adversity.

Islam is salvation through repentence,
Islam has love for all in abudance,
Islam means no harm or afflication,
Islam implores you with affection.

Islam is neither maze nor craze,
Islam is giving Allah all praise
Islam is acing through the race,
Islam will be on everyone's face.

Islam is worshiping only the Creator,
Islam's not mere numbers on a calculator,
Islam gives you power when you surrender,
Islam's not a terrorist or for a pretender.

Islam is patience and perseverance,
Islam eases your vegeance through tolerence,
Islam is life for all eternity,
Islam gives you respect,moreover dignity.

Islam is winnig hearts through honesty
Islam is giving openly in charity,
Islam makes you wholesme and trustworthy
Islam is in wealth as well as in poverty

Wake up,people,Islam is here,
Islam is here, so have no fear.

Cermin Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberikan kepada manusia di anggap sedekah.ketawa itu  lambang      kelalaian.selalu dilakukan hati mati.dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikan pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,kesalilah ketelanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4.  Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. kesusahan dan   penderitaan itu,selalunyta membawa kekecewaan dan putus asa,kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang  yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah yakni bertegang leher,nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus) cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah).orang yang ada sifat marah tapi dapat sembunyikan kecuali di tempat-tempat yang muhasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu,merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk,khusyuk,takut,hina dan lain-lainlagi sifat kehambaan.

8.Jika kita mengingati dosa,kita tak nampak lagi kebaikkan kita apatah lagi untuk di banggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan berputus hati kita dengan ALLAH,ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikkan.



jika HATI sejernih air...jangan biar ia KERUH...jika hati seputih AWAN... jngan biar ia MENDUNG... jika hati seindah BULAN... hiasilah ia dengan IMAN..

Saturday, May 8, 2010

Tautan Hati

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua sahabat yang saya kasihi semua, semua berada dalam keadaan sihat selalu. ana baru je habis 2 buah novel islamik iaitu Syabab musafir kasih n Tautan hati. memang banyak isi yang  hendak di sampaikan kepada pembaca, terlalu berat rasanya hati ini bila mengetahui diri ini semakin jauh dengan  Ilahi, tetapi itu lah medan perjuangan dakwah yang terpaksa dihadapi oleh semua orang bukan hanya kepada orang yang diberikan tanggungjawab terhadap tugas ini sahaja, tetapi ia adalah tugas bagi setiap insan yang bernama manusia.perjuangan bagi meletakkan diri untuk mencari cinta Ilahi bukan suatu perkara yang mudah kerana banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dan dilalui untuk mencari cinta Ilahi. Ana bukan lah seorang yang expert dalam berkata-kata untuk memberikan nasihat dan dakwah dalam memcari cinta Ilahi, tetapi ana try juga untuk membangkitkan semangat untuk memcari cinta tersebut bersama-sama dengan sahabat-sahabat semua. di harapkan kata-kata ana ini tidak lah menyinggung perasaan sahabat-sahabat  semua,sesungguhnya tiada yang lebih hakiki dalam mecari Ilahi n cinta kepada Rasulullah. kepada teman-teman seperjuangan semua sedar bahawa hidup ini adalah tipu daya semata-mata dan janganlah kamu tergoda dengan hiasan dunia kerana ia boleh memusnahkan kamu akhirnya.
akhir kalam ana minta maaf di atas kata-kata ana yang tidak sedap di dengari kerana peringatan kepada saudara sesama kita adalah penting untuk kita sama-sama beringat bahawa tiada yang lebih penting selain dari memcari cinta hakiki. kepada mereka yang melawat blog ana ucapkan terima kasih banyak-banyak walaupun ana ini orang baru dalam memberikan kata2 yang sebegini dalam perkara sedemikian.
Salam Ukhuwah kepada sahabat semua, semoga kita semua dilindungi dan dipayungi dengan RahmatNya.

Thursday, May 6, 2010

Cuti-cuti

Assalamualaikum
Buat sahabat semua, selamat bercuti semoga sahabat semua selamat dalam perjalanan,asif kerana ana terlewat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat semua, dalam kesempatan yang sedikit ini ana harap semua nya sihat-sihat semuanya dengan segala aktiviti yang dirancang terlaksana semua.emmm perancangan apa pada musim cuti ini.harap semuanya istiqamah dengan gerak kerja dakwah yang kita semua laksanakan sepanjang berada di sini,walaupun pun ia nya tidak lah sebanyak mana tetapi ukurannya adalah adakah kita pernah berusaha ke arah itu.  tidak ada yang yang hendak dikatakan lagi semoga kita sentiasa istiqamah dan sentiasa mempertingkatkan diri untuk mencari cinta kepada Allah, teguhkan diri seteguh air di lautan walaupun di hempas dengan siang dan malam akhir kalam daripada ana,

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA SAHABAT YANG MENGENALI ANA INI N SEMUA LAH SEMOGA TERUS CERIA DAN TABAH DALAM MENGHADAPI LIKU2 HIDUP INI DENGAN MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DI ATASNYA. 


Monday, April 19, 2010

Imtihan

Assalamuallaikum

Imtihan itu lah perkara yang di nantikan oleh kami semua untuk semester ini, biar pun penat susah telah di lalui dalam sem ini akhirnya kami hampir sampai ke penghujungnya, diharapakan perjuangan ini tidak hanya akan berhenti di sini sahaja bagi kami semua, perjuangan untuk menuntut ilmu Allah masih lagi jauh dan banyak lagi  yang kami masih kurang.
walaupunbagaimana pun hati ini terasa begitu berat sekali untuk memulakannya tetapi langkah-langkah ke arah itu sedang kami semua hadapi.
Buat sahabat sahabat semua semoga perjuangan kita semua bukan hanya untuk mencari ilmu bahkan untuk mendapatkan keradhaan Allah di bumi ini
di sini saya tinggalkan kata-kata yang begitu bermakna sekali untuk kita hayati setiap bait-bait baris kata-katanya yang mana membawa makna yang begitu menyentuh hati sanubari ana sendiri bila kawan ana meberikan kata-kata ini.... 

'Ya Allah permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, Jadikanlah debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu, Dengarilah rintihanyayang sanggup bersusah payah demi ilmuMu,Terimalah airmatanya sebagai penyejuk kemurkaan, Belaian jiwanya di saat dia terkulai lemah,tetapkan imannya agar tidak mudah berputus asa pada jalanMu.Amiim... Salam Imtihan MA'A TAUFIQ WANNAJAH...


semoga kata-kata ini memberikan semangat kepada kita semua untuk lebih berusaha di masa akan datang lagi akhir sekali ana mengucapkan selamat Imtihan kepada sahabat semua yer...

Friday, April 2, 2010

Coretan Minda

Assalamualaikum...
Buat sahabat yang di hormati sekalian...
asif kerana ana tidak pandai nak tullis apa, sekadar membiarkan hati berbicara. emmm rasanya dah lama x post artikel ni. maklum lah dah lama ada blog baru je pandai post artikel je ni. kebelakangan hari ni banyak sungguh benda yang bermain di fikiran x tau lah mcm mana nak kata, tapi rasanya nak luahkan juga sikit walaupun berat rasanya hati ini hendak mengeluarkannya. emmm entahlah melihat kepada pelbagai ragam orang ini mengingatkan ana sendiri bertapa pelik nya manusia ini, kerana sesungguhnya ada mereka yang telah lalai daripada mengingati-Mu ya ALLAH. dan ada pula mereka yang mengingati-Mu. tapi kebanyakkan mereka macam mana sekarang dengan dunia akhir zaman ini.  rasa telah banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita tampa kita mengambil kisah pun dengan perkara-perkara yang berlaku sedemikian. macam2 berlaku sekarang wahai sahabat ku,tapi itu lah hakikat yang berlaku sebenarnya dalam dunia sekarang. kenalah teguhkan diri bagi menghadapi segala ujian yang terdapat dalam dunia ini sama ada ia bersifat positf atau negatif, emmm rasanya itu lah setakat ini ana dapat katakan  terputus idea rasanya... insyAllah bila di izinkan lagi ana akan try untuk membawa kepada diri masing melihat diri di tahap mana kita sekarang, adakan kita telah betul menjadi seorang muslim yang betul2 mukmin sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak, sebagai kunci untuk ana sendiri juga.bila bercakap mcm ini membuatkan diri ana sendiri turut sekali insaf bertapa besarnya nikmat yang telah diberikan oleh Allah supaya sedar dari lena selama ini.